Malaysia

TRANSISI HAD UMUR BELIA PERLU DITELITI SECARA MENYELURUH DAN BUKAN DIPAKSAKAN SECARA POLITIK

Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT Malaysia) ingin mengutarakan

kebimbangan dan pandangan serius berhubung cadangan penguatkuasaan had umur belia kepada 30 tahun secara mutlak mengikut Akta 668.

Presiden Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT Malaysia), Encik Murugan Maniam menegaskan bahawa sebarang perubahan terhadap had umur belia perlu diteliti secara holistik dan tidak dilakukan secara tergesa-gesa tanpa strategi susulan. Ini kerana pendekatan yang terlalu mendadak berisiko

menjejaskan proses pembinaan jati diri dalam kalangan kepimpinan muda yang masih dalam fasa pembangunan potensi diri.

“Kita perlukan kepimpinan muda yang benar – benar mapan dan berdikari, bukan yang terlalu bergantung kepada kuasa ketiga atau agensi semata-mata.Sekiranya umur belia dipendekkan secara mendadak tanpa strategi susulan, kita akan kehilangan satu kelompok pemimpin muda yang masih dalam proses

pembinaan jati diri,” ujar beliau.Tambahan lagi, Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT Malaysia) mempersoalkan ketidakwujudan pelan jangka panjang oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk golongan usia 31 – 40 tahun. Sehingga Julai 2025, belum ada dokumen rasmi yang memperincikan penyelesaian menyeluruh atau pelan lanjutan bagi memastikan kesinambungan pembangunan belia dalam kelompok usia ini.

“Setakat ini, KBS belum memperincikan secara rasmi pelan jangka panjang atau penyelesaian holistik untuk kelompok usia 31 – 40 tahun, sekiranya had umur belia dikuatkuasakan secara mutlak pada umur 30 tahun di bawah Akta 668,” tegas Encik Murugan.

Justeru itu, Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT Malaysia)

menyeru semua pihak termasuk pembuat dasar dan agensi kerajaan untuk :-

1. Menjalankan libat urus menyeluruh bersama kerajaan Negeri.

2. Memberikan akses kepada sekolah dan IPT bagi Pertubuhan Belia rekrut ahlinya.

3. Merangka strategi transisi yang inklusif dan bertanggungjawab.

4. Menyediakan pelan pembangunan susulan untuk kumpulan usia 31- 40 tahun.

Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT Malaysia) sekali lagi ingin menegaskan bahawa kami tidak menolak atau menghalang usaha transisi had umur belia seperti yang digariskan dalam Akta 668 namun mencadangkan pelaksanaannya dibuat secara berperingkat dan berfasa.

Had umur 35 tahun wajar dijadikan penanda aras sementara dalam tempoh transisi, bagi memberi ruang kepada pertubuhan belia menyusun semula kepimpinan dan melatih pelapis secara berkesan.

Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT Malaysia) komited untuk terus

menjadi suara belia India di negara ini dan akan terus memperjuangkan hak

serta ruang pembangunan yang adil kepada semua lapisan belia.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button